Wednesday, July 20, 2011

NOTA BMM 3104 KEMAHIRAN BM (KEMAHIRAN MENULIS)

KEMAHIRAN MENULIS

Konsep Menulis

1)       Menulis ialah proses merakam atau menghasilkan bahan yang berbentuk idea, pendapat, pengalaman, perasaan, maklumat dalam bentuk tulisan untuk berhubung dengan orang lain atau dengan diri sendiri.

2)       Kamarudin Hj. Hj. Husin (1988;178)
Tulisan ialah bahasa yang bertulis dengan lambang-lambang bunyi. Jika tulisan itu dibunyikan semua dikatakan bahasa. Tulisan ialah alat untuk melahirkan fikiran dan perasaan. Ia merupakan bahasa yang tersusun yang berupa rangkai-rangkai kata dan ayat-ayat.

3)       Asas menulis ialah pembentukan simbol-simbol tulisan dalam bahasa. Oleh itu kemahiran asas dalam penulisan berkait rapat dengan kebolehan murid menulis dalam bentuk tulisan yang terang, jelas dan lengkap.

4)       Juriah Long dan rakan-rakan (1990)
Menulis adalah satu proses menyampaikan buah fikiran, idea atau pendapat dengan tepat dan berkesan kepada khalayak atau pembaca dengan menggunakan bentuk grafik

5)       Raminah Hj. Sabran (1985 : 183)
Penulisan ialah bentuk penglahiran perasaan, fikiran dan idea ke dalam bentuk grafik. Bentuk-bentuk grafik ini disusun hingga melambangkan bunyi bahasa yang dapat dibaca dan difahami maksudnya.



    
6)       Don Bryne (1979:1)
Kita menggunakan simbol-simbol grafik semasa menulis, iaitu penggunaan huruf-huruf atau gabungan huruf-huruf yang berkaitan dengan lambang-lambang bunyi yang kita buat semasa kita bercakap 

     7) Rumusan



TUJUAN KEMAHIRAN MENULIS

a)        Mendirikan asas menulis yang kukuh bagi membolehkan kanak-kanak menulis dengan baik
b)       Membolehkan kanak-kanak mengeja perkataan dengan pantas dan menyusun ayat-ayat dengan betul dan boleh difahami oleh pembaca
c)        Membolehkan kanak-kanak mengulang kaji pelajarannya dengan cara membaca bahan-bahan bacaan
d)       Membolehkan kanak-kanak melahirkan fikiran dan perasaan dengan sempurna dalam bentuk tulisan
e)        Menyuburkan minat suka menulis atau mengarang
f)         Menambah dan meluaskan pengetahuan dalam perbendaharaan kata, perkembangan bahasa dan tulisan
g)        Menyediakan kanak-kanak untuk menghadapi peperiksaan

Secara amnya terdapat dua tujuan kemahiran menulis

Tujuan serta merta

a)        Mendirikan asas menulis yang kukuh bagi membolehkan kanak-kanak menulis dengan baik, cekap dan pantas
b)       Membolehkan kanak-kanak mengeja perkataan-perkataan dengan pantas dan menyusun ayat-ayat dengan betul dan boleh difahami oleh pembaca
c)        Kanak-kanak dapat mengulangkaji pelajarannya dengan cara membaca tulisan-tulisan yang tercatat atau membaca buku-buku luar untuk menambah lagi isi bacaannya
d)       Membolehkan kanak-kanak melahirkan fikiran dan perasaan dengan sempurna dalam bentuk penulisan
e)        Menyuburkan minat suka menulis atau mengarang.
f)         Menambah dan meluaskan pengetahuan dalam perbendaharaan kata, perkembangan bahasa dan tulisan
g)        Menyediakan kanak-kanak untuk menghadapi peperiksaan


Tujuan Lanjut

a)            Meluaskan pengetahuan, pengalaman, perhubungan dan matlamat menerusi penulisan
b)            Memberikan kepuasan jiwa dalam pemikiran, pengalaman dan perasaan. Misalnya penulis melaporkan sesuatu yang telah berlaku, mendedahkan perkara-perkara semasa yang sedang berlaku, membuat ramalan-ramalan peristiwa masa depan
c)             Menyediakan mereka dengan pengetahuan ini supaya dapat memenuhi kehendak dan hasrat masyarakat moden khasnya bagi kepentingan diri sendiri dan untuk orang ramai umumnya.












Jenis-jenis kemahiran menulis

a)      Kemahiran menulis secara mekanis
-          Peringkat awal
-          Hasil tulisan yang kemas dan mudah dibaca
-          Menekap, buat corak, bentuk huruf
-          Bertujuan memberi latihan dan pengalaman asas sebelum tulis huruf
-          Latihan mekanikal yang boleh dijalankan untuk mendapatkan kemahiran tersebut ialah :

1.      Latihan pergerakan tangan, otot, jari dan membentuk garisan, bulatan, segi-segi, bentuk awan larat dan sebagainya.
2.      Tunjukkan cara pergerakan tangan, tulis di awangan, di pasir, di papan tulis dan sebagainya
3.      Bermain dengan benda-benda seperti plastisin dan melatih menulis unsur-unsur huruf dan perkataan
4.      Melatih atau tunjukkan cara membentuk huruf, menulis perkataan dan ayat.
5.      Mengawasi tulisan murid tentang bentuk, saiz, tegak atau condong, jarak
6.      Melatih menulis cepat, jelas dan senang dibaca
7.      Melatih menulis cantik

     Kemahiran Menulis untuk Pelahiran (Mental)

               Diajar setelah kanak-kanak menguasai kemahiran    mekanis.

a)      Latihan pernyataan fikiran atau pendapat
b)     Latihan pernyataan perasaan
c)      Latihan pernyataan kehendak
d)     Latihan mengeluarkan pendapat-pendapat yang tulen dan asli

Kemahiran Dalam Penulisan

Terdapat 6 peringkat dalam kemahiran menulis

a)      Kemahiran mekanis
-          kemahiran membentuk huruf
-          dilatih guna tanda baca
-          selepas latihan huruf cerai, murid diasah dengan kemahiran huruf sambung
b)     Kemahiran mengeja
-          disepadukan dengan kemahiran membaca
-          Proses pembinaan konsep
c)      Kemahiran menulis perkataan dan  Kemahiran tatabahasa
-          menggunakan tatabahasa dengan tepat dan berkesan dalam menulis
-          menggunakan pelbagai jenis kata dalam pelbagai konteks
-          membina frasa dan ayat dengan tepat, indah dan jelas dalam penulisan  
d)     Kemahiran mengumpul, memilih da menyusun isi
-          dapat menyusun fakta dengan berkesan
-          dapat memilih dan mentusun pengalaman sendiri
-          membuat rangka untuk tujuan penulisan
e)      Kemahiran menggunakan gaya bahasa
-          aspek pemilihan perkataan, kesesuaian dan kegunaan bahan yang ditulis
-          kesesuaian bahasa yang digunakan dalam penulisan
f)       Kemahiran membuat pertimbangan
-          kebolehan murid menentukan penggunaan laras bahasa yang sesuai untuk jenis-jenis penulisan yang berlainan





Panduan merancang Kemahiran Menulis

Semasa merancang kemahiran menulis guru perlu memberi perhatian terhadap beberapa perkara :

a)          Murid menghasilkan penulisan yang lebih  baik dalam persekitaran yang tidak formal
b)          Murid sekolah rendah lebih selesa menulis pengalaman sendiri, hal-hal keluarga dan kawan-kawan
c)           Proses menulis dibahagi kepada tiga peringkat iaitu pramenulis, menulis dan menyemak
d)          Menulis dilakukan untuk beberapa tujuan
e)           Murid perlu memastikan pembaca mereka apabila menulis
f)           Kualiti penulisan murid akan meningkat melalui latihan yang kerap dan banyak




Peringkat-peringkat Pengajaran Kemahiran Menulis                        
a)      Peringkat Pramenulis
b)     Peringkat Mendirikan Asas
c)      Peringkat untuk Pelahiran

Peringkat Pramenulis

-Tempoh masa murid disediakan dengan aktiviti menulis
-Latihan pergerakan tangan
-Menguasai gerak tangan yang bebas
-Latihan pergerakan mata
-Latihan kordinasi tangan dan mata

Aktiviti-aktiviti Latihan Pramenulis

a)      Latihan mengikut garisan rajah dari kiri ke kanan
b)     Latihan mewarna dari kiri ke kanan atau sebaliknya
c)      Latihan membentuk bulatan tanpa menggunakan alat tulis
d)     Latihan gerak jari
e)      Latihan membentuk garisan lurus
f)       Latihan membentuk corak campuran
g)      Latihan melukis gambar yang ada garisan lurus dan bulatan

Panduan Mengajar Peringkat Pramenulis

  1. Guru mengajar tiga peringkat perkembangan menulis
-          mengenal huruf dan bentuk-bentuk huruf
-          peringkat model (peniruan)
-          peringkat menghafal dan latih tubi (nama sendiri)

  1. Guru mengajar cara kedudukan badan, kertas dan pensil
-          duduk dengan selesa, siku di atas meja
-           letakkan kertas di atas meja
-          Pensil dipegang dengan mengambil kira keadaan jari

  1. Guru mengajar teknik dan prinsip asas menulis huruf   
-          menyalin model huruf
-          menulis huruf di atas garis lurus
-          huruf berbentuk lurus ditulis dari atas
-          huruf bebentuk bulatan ditulis pusingan lawan jam
-          semasa menulis, mulakan dari kiri ke kanan
-          ruang huruf berbenuk bulat didekatkan
-          ruang huruf yang lurus hendaklah dijauhkan
-          ruang antara perkataan dijarakkan satu jari
-          menulis di atas garisan

  1. Guru menolong pelajar mengenal pasti kesalahan mereka semasa menulis
-          Kesalahan dari segi bentuk huruf
-          Kesalahan dari segi ruang, perlu jarak atau rapat
-          Kesalahan dari segi saiz
-          Kesalahan dari segi susunan

  1. Guru perlu sedia pelbagai alat untuk memperkembangkan kemahiran menulis pelajar

     
     Peringkat Mendirikan Asas

Setelah murid menjalankan latihan pramenulis, faham dan tahu memegang pensil, duduk dengan betul, mereka boleh dilatih membentuk lambang-lambang tulisan.

-          Peringkat awal murid diajar membentuk huruf di atas kertas kosong.
-          Jika guru berpuas hati, ajar menggunakan halaman bergaris
-          Langkah berikut perlu diambil kira
a)        latihan membentuk bulatan dan garis lurus di atas garisan
b)        latihan menulis huruf di atas kertas garis tiga
c)         latihan menulis huruf di atas kertas garis dua
d)        latihan membentuk lambang tulisan dengan cara yang betul dan seragam serta mudah dibaca

Semasa menyampaikan kemahiran tersebut perkara berikut perlu diambil kira.

a)      Murid harus diperkenalkan dengan lambang huruf menggunakan gambar
b)     Sebelum latihan menulis , beri latihan bebas unuk membetulkan urat-urat daging
c)      Kanak-kanak menulis sambil mengeja atau menyebut nama huruf
d)     Menggunakan kertas dahulu, kemudian barulah guna buku yang bergaris
e)      Setelah murid boleh menggunakan alat dengan baik, barulah dilatih menggunakan buku dan alat-alat lain yang sesuai
                                                    


Aktivti-aktiviti yang dicadangkan

a)      Menekap huruf mengikut urutan yang ditetapkan
b)     Menulis huruf mengikut urutan
c)      Memadan dan menyalin dua suku kata supaya menjadi perkataan yang bermakna
d)     Menulis huruf yang tertinggal dalam ruang atau petak yang dikosongkan
e)      Menyalin perkataan yang mudah
f)       Menyalin ayat-ayat yang mudah dan sebagainya.

Peringkat Latihan Menulis (Imlak)

a)      Ejaan
-          Guru perlu pilih perkataan yang sesuai
-          Berlandaskan perbendaharaan kata mereka
-          Perkataan yang pernah didengar
-          Peringkatkan. Bermula yang mudah kepada yang lebih susah
-          Jumlah perkataan jangan terlalu banyak
-          Boleh gunakan aktiviti mengeja selepas aktiviti bacaan
-          Harus dilakukan secara lisan , kemudian dilakukan secara bertulis
-          Sebaik-baiknya guru dedahkan dahulu perkataan tersebut
-          Guru sebut dua kali barulah murid menulis
-          Perkataan yang ditulis haruslah diperiksa oleh guru atau secara berpasangan

b)     Rencana
-          Satu cara untuk memperkukuh kemahiran membaca dan menulis
-          Tujuan supaya murid mahir mendengar mengeja dan menulis
-          Bahan-bahan rencana hendaklah berkait rapat dengan aspek-aspek bahasa yang hendak dipelajari
-          Beri juga perhatian terhadap tanda baca
                      


Aktiviti rencana
1.      Guru edar bahan daripada buku teks,majalah, petikan dan sebagainya. Murid diminta membaca, mengecam dan menulis semula
2.      meminta murid menulis sama ada daripada lisan atau rakaman
3.      menukar karangan pendek atau petikan bercetak dari tulisan jawi ke dalam tulisan rumi

              Cara Menjalankan
-          Murid diberi petikan dan diminta membaca
-          Guru pilih bahagian-bahagian tertentu untuk direncanakan
-          Guru sebut ayat-ayat sama ada secara lisan atau rakaman dan murid diminta menulis
-          Unsur yang dilihat dalam rencana ialah ketepatan ejaan, penggunaan perkataan, bentuk huruf dan tanda baca
-          Periksa kerja murid. Beri markah. Setiap kesalahan perlu dibincangkan
-          Sebaik-baiknya dilakukan selepas aktiviti lisan atau bacaan


  Peringkat Untuk Pelahiran                             

Setelah menguasai peringkat pramenulis dan mendirikan asas murid-murid hendaklah digalakkan melahirkan fikiran secara bertulis.
Antara aktiviti yang boleh dijalankan ialah ;
a)      Mengisi silang kata
b)     Mengisi tempat kosong dalam ayat
c)      Melengkapkan ayat
d)     Menulis ayat berdasarkan perkataan
e)      Memanjangkan ayat dengan menambah rangkai kata
f)       Membentuk ayat bagi menyudahkan cerita
g)      Menulis ayat berdasarkan gambar
h)     Menulis jawapan pemahaman
i)        Menulis rencana bagi bahan yang diperlihatkan
j)       Menulis karangan daripada tajuk yang disediakan
k)     Menulis cerita
l)        Mencipta puisi

Langkah-langkah dalam mengajar tulisan

a)      Motivasi- beri kesedaran kepada murid tentang tujuan penulisan
b)     Persediaan- Pastikan murid sudah bersedia untuk menulis, peralatan dan sebagainya
c)      Persembahan
d)     Tunjukkan peringkat atau langkah menulis kepada murid. Sila dapatkan perhatian murid
e)      Pelaksanaan-Guru perlu beri bimbingan semasa mereka menulis
f)       Penilaian- Pilih kerja terbaik dan beri peneguhan. Tunjukkan kepada rakan-rakan yang lain 





JENIS-JENIS PENULISAN

Terbahagi kepada 5 jenis iaitu

a)      Terkawal
b)     Separa terkawal
c)      Berpandu
d)     Separa berpandu
e)      Bebas


Terkawal

-          Karangan peringkat asas.
-          Isi dan bahasa dikawal oleh guru
-          Susunan dikawal ketat
-          Hampir menyerupai peringkat menyalin
-          Tujuan untuk kurangkan kesilapan
-          Kelancaran dalam penggunaan bahasa sangat penting
          - Peringkat meniru dan menyalin
-          Murid diberi banyak latihan meniru dan menyalin tulisan daripada bahan ransangan
-          Semasa murid menyalin mereka melihat perkataan dengan cermat dan menyalin dengan betul.
-          Dapat mempelajari dan mengukuh ejaan dan struktur ayat
-          Bahan untuk menyalin perlu dipilih untuk kesesuaian umur
-          Contoh latihan peringkat ini
i-                    menyalin ayat mudah dalam perenggan pendek atau rangkap puisi dan prosa
ii-                  meniru dan menyalin karangan dengan membuat pertukaran kecil
iii-                menyalin karangan berformat dengan tujuan memberi pendedahan tentang format

Separa Terkawal
Pada peringkat ini murid masih diberi kawalan walaupun tidak sepenuhnya
Murid-murid diberi peluang menggunakan sedikit daya pemikiran mereka.
Terdapat 2 peringkat iaitu :
a)      Peringkat mengingat kembali
-          menggunakan daya ingatan untuk mengingat kembali apa yang ditulis, didengar dan dilihat.
-          Contoh latihan
i) Guru perdengarkan sesuatu bahan, kemudian murid tulis semula.
ii) guru padam bahan yang ditulis minta murid tulis semula
iii)Guru perlihatkan gambar, minta murid tulis semula apa yang dilihat
    
b)     Peringkat menggabung
-          Pada peringkat ini, murid bukan sahaja menggunakan daya ingatan tetapi juga pemikiran
-          Contoh latihan
i) Guru susun kad ikut urutan cerita di papan tulis. Murid baca cerita. Kad ditanggal dan dicampuradukkan. Murid susun semula kad kemudian menulis mengikut urutan.
ii) Melengkapkan baris-baris puisi yang telah diberi pilihan jawapan
iii) Menyesuaikan ayat-ayat dengan gambar yang diberi lalu menyusun semula menjadi sebuah cerita lengkap
iv) Menggabungkan rangkaikata supaya menjadi ayat yang lengkap.


Berpandu

Penulisan jenis ini memerlukan bahan ransangan untuk membantu murid menulis. Contohnya ntuk menulis ayat mereka diberi gambar-gambar yang berkaitan. Murid perlu menulis ayat berdasarkan gambar tersebut.
Contoh bahan ransangan seperti bahan grafik, gambar tunggal, gambar bersiri, peta, iklan, rajah, jadual dan sebagainya.

Hasil penulisan murid hanya bergantung kepada bahan ransangan tersebut. Murid-murid akan membina ayat-ayat berdasarkan apa yang terdapat dalam bahan tersebut.
Penulisan jenis ini paling sesuai untuk mengajar asas karangan.

Separa Berpandu

Penulisan jenis ini memerlukan bahan ransangan juga untuk membantu murid menulis. Namun tidak semua hasil penulisan murid begantung kepada bahan ransangan tersebut. Murid hanya menjadikan bahan tersebut sebagai panduan untuk atau gambaran untuk mendapatkan idea-idea untuk menulis.

Penulisan murid hanyalah berdasarkan tema atau tajuk yang diberi pada bahan ransangan tersebut. Maksud yang tersirat boleh diambil daripada bahan ransangan. Contoh  bahan ransangan ialah gambar kemalangan : Murid-murid boleh membina ayat-ayat atau menulis karangan berkaitan ‘Kesan-kesan kemalangan’ atau ‘Punca-punca kemalangan’

Bebas

Penulisan bebas atau karangan bebas hanya dapat dijalankan setelah murid-murid sudah mula boleh menguasai bahasa yang diajar dengan baik. Pada peringkat ini murid-murid diberi tajuk-tajuk umum dan mereka diminta untuk terus menumpukan perhatian kepada apa yang hendak ditulis dan bukan lagi bagaimana hendak menulis.

Oleh kerana murid-murid ini telah mempunyai kemahiran tatabahasa dan kemahiran mekanikal yang mencukupi, maka guru hanya perlu menumpukan kepada isi-isi dan kesilapan bahasa yang dilakukan.

Jenis-jenis penulisan bebas seperti bentuk cerita, laporan, rencana, surat, bahan puisi, karangan fakta dan sebagainya. Terdapat juga karangan jenis deskriptif iaitu merangkumi gambaran suasana, peristiwa, benda dan perwatakan

Pada peringkat awal mengajar penulisan bebas guru perlu membimbing murid untuk mendapatkan idea-idea untuk menulis. Contohnya bersoaljawab atau membuat rangka karangan

  

No comments:

Post a Comment

Post a Comment