Friday, July 29, 2011

BMM 3107 PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU


Struktur Linguistik

SEMANTIK

 
Ujaran mempunyai pelbagai tafsiran, sama ada secara langsung atau secara tidak langsung.
Secara mudah, semantik dianggap sebagai kajian tentang makna.
Mengikut tafsiran luas, semantik ialah kajian sintaksis, proposisi dan pragmatik (kajian lakuan linguistik).
Mengikut tafsiran sempit, semantik ialah kajian tentang teori referensi (denotatif, ekstensi), dan teori makna (konotasi, intensi).

RUJUKAN
Rujukan ialah benda, konsep atau perlakuan yang dirujuk.
Rujukan ditambah dengan kata atau istilah yang sesuai. Misalnya gabungan fonem: / k /, / b /, / c /, / d /, / g /, / h /, / n /, / m /,
  / r /, / t /,   / s /, / w /, / y /,  / i /, / a /, / e /, / o /, / u / akan menerbitkan bunyi yang bermakna.
  [ kertas ], [ bangku ], [ wanita ], [ rumah ], [ bangunan ], [ cahaya ], [ budak ]
kertas:  bahan tipis yang diperbuat daripada kayu
bangku:  papan panjang yang berkaki (tempat duduk)
wanita:  perempuan dewasa
cahaya:  benda terang yang memancar daripada matahari,   bulan
rumah:  binaan untuk tempat tinggal
budak:  anak, kanak-kanak
bangunan:  sesuatu yang didirikan, seperti rumah, gedung,   menara
 
 LAMBANG
Merujuk bentuk tulisan yang mewakili perkataan yang diujarkan
 
 
 
 

No comments:

Post a Comment