Friday, July 29, 2011

BMM 3107 PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU


Struktur Linguistik

SEMANTIK

 
—Ujaran mempunyai pelbagai tafsiran, sama ada secara langsung atau secara tidak langsung.
—Secara mudah, semantik dianggap sebagai kajian tentang makna.
—Mengikut tafsiran luas, semantik ialah kajian sintaksis, proposisi dan pragmatik (kajian lakuan linguistik).
—Mengikut tafsiran sempit, semantik ialah kajian tentang teori referensi (denotatif, ekstensi), dan teori makna (konotasi, intensi).

RUJUKAN
—Rujukan ialah benda, konsep atau perlakuan yang dirujuk.
—Rujukan ditambah dengan kata atau istilah yang sesuai. Misalnya gabungan fonem: / k /, / b /, / c /, / d /, / g /, / h /, / n /, / m /,
  / r /, / t /,   / s /, / w /, / y /,  / i /, / a /, / e /, / o /, / u / akan menerbitkan bunyi yang bermakna.
  [ kertas ], [ bangku ], [ wanita ], [ rumah ], [ bangunan ], [ cahaya ], [ budak ]
—kertas:  bahan tipis yang diperbuat daripada kayu
—bangku:  papan panjang yang berkaki (tempat duduk)
—wanita:  perempuan dewasa
—cahaya:  benda terang yang memancar daripada matahari,   bulan…
—rumah:  binaan untuk tempat tinggal
—budak:  anak, kanak-kanak
—bangunan:  sesuatu yang didirikan, seperti rumah, gedung,   menara…
 
 LAMBANG
Merujuk bentuk tulisan yang mewakili perkataan yang diujarkan
 
 
 
 

No comments:

Post a Comment